Mengapa kita perlu cintakan Allah? Jawapan mudahnya adalah kerana Allah yang paling mencintai kita.Allah mencintai kita lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan mencintai kita.Sesiapa sahaja yang mencintai kita itu hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jua yang menitipkan rasa cinta itu ke dalam dirinya untuk mencintai kita.Tegasnya,segala rasa cinta yang diluahkan oleh manusia untuk mencintai manusia lain adalah bersumberkan cinta kepada Allah.
Allah mencintai kita lalu Allah menjadikan kita daripada tiada kepada ada.Setiap hari kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati kehidupan bersumberkan segala nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya.Kenapa kita cintakan seseorang?Mungkin kerana cantik,baik atau banyak budinya terhadap kita.Kalau kita cinta kerana budi dan jasa,maka Allah -lah yang paling banyak berbudi dan berjasa kepada kita.
Begitu banyak nikmat-Nya buat kita sehingga tidak terhitung.Firman Allah lagi yang bermaksud : "Jika kamu hendak menghitung nikmat-Ku nescaya kamu tidak terhitung."(Surah Ibrahim14:34)
Allah mengurniakan nikmat bukan sekali-sekala,tetapi setiap masa dan sentiasa!Jika cinta itu kerana kecantikan dan keindahan,maka Allah jua yang Maha Indah dan Maha Cantik.Allah indah pada sifat,nama dan perbuatan-Nya.
Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah.Allah itulah kekasih sejati dan kecintaan yang wajar.Kenapa dikatakan begitu?Dan benarkah begitu?Baiklah,mari kita fikirkan dan renungkan bersama.......
No comments:
Post a Comment