Jannah terjaga pada pukul tiga pagi kerana dahaga.Dia pergi ke dapur untuk minum air dan terkejut melihat datuknya di dapur.
"Atuk buat apa kat dapur?"
"Atuk minum air kosong."
"Kebetulannya,Jannah pun nak minum air juga."
"Setiap hari atuk minum air sebelum solat Tahajjud."
"Solat Tahajjud tu macam mana atuk?"
"Solat Tahajjud tu solat dua rakaat yang dilakukan bila terjaga dari tidur."
"Kalau buat solat Tahajjud dapat banyak pahala ye,atuk?"
"Mestilah.Kalau kite buat solat Tahajjud,Allah makin sayang kat kita.Masyarakat pun makin suka bergaul dengan kita."
"Kalau macam tu,Jannah pun nak buat jugalah atuk.Hari esok atuk tolong kejutkan Jannah.Jannah nak solat Tahajjud tiap-tiap malam.
"Atuk tak kejut pun Jannah boleh bangun.Asalkan Jannah ada niat suci nak buat solat Tahajjud,Jannah pasti akan bangun sendiri dengan izin Allah."
"Macam 'magic' lah atuk."
"Bukan 'magic' tapi itulah kuasa Allah.Kalau Allah Izinkan,semua boleh jadi."
No comments:
Post a Comment