Sunday, 5 June 2011

Bab 3 : 'Datang Bulan'

Pada musim cuti juga Jannah telah ‘datang bulan.’Jannah memberitahu ibu dan neneknya mengenai hal tersebut.

     “Maksudnya sekarang ni Jannah dah jadi anak daralah.Lepas ni Jannah kenalah jaga adab bila bergaul dengan lelaki.Jannah tak blolehlah bergaul dengan laki-laki macam dulu.”kata nenek.
     Ibunya turut mencelah,  “Aurat pun kena jaga juga.”
     “Tapi bukan ke Jannah dah jaga aurat? Jannah selalu pakai tudung bila jumpa laki-laki bukan muhrim.”
     “Bukan setakat pakai tudung sahaja dikira menjaga aurat.Jannah juga kena pakai baju yang tidak mengikut bentuk badan dan labuh dari paras punggung.Kalau boleh,biarlah baju tu atas paras lutut,”jawab ibunya.
     “Lebih baik lagi kalau Jannah pakai jubah dengan tudung labuh dari paras dada,”kata nenek.
     “Nanti ibu buatkan banyak jubah untuk Jannah.”
     “Ye!Jannah dapat jubah baru!”
Nenek dan ibu tersenyum melihat gelagat Jannah.Walaupun sudah ‘datang bulan,’perangai Jannah masih tidak matang malah agak kebudak-budakan lagi.

No comments:

Post a Comment